Info Pelawat
IP Address
54.198.20.215
 
Browser
Unknown Unknown
Operating System
Unknown Unknown

Browser Plugins Status
Miscellaneous Settings
Miscellaneous SettingsScreen Resolution
Your Time

Lencana dan Lagu Sekolah Cetak

Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur berbentuk bulat, mempunyai bulan, bintang dan buku di sebelah atas manakala nama sekolah dan tahun penubuhannya di bahagian bawah. Motto sekolah BERILMU, BERAMAL, BERBAKTI melingkungi bulatan. Sebatang pen, sekuntum bunga raya, komputer, kelalang dan planet berada di tengah lencana. Jalur merah putih berada di kiri dan kanan lencana.

RASIONAL LENCANA

logo SMKAKL

Buku
Melambangkan hasrat murni sekolah menjadikan budaya membaca sebagai budaya belajar
Bulan Sabit
Melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi.
Sekuntum Bunga Raya
Yang merupakan bunga kebangsaan melambangkan semangat patriotik.
Planet
Melambangkan kepentingan mendalami aero angkasa.
Kelalang
Melambangkan kepentingan sains.
Bintang Lima Bucu
Melambangkan lima Rukun Islam dan Lima Rukun Negara.
Sebatang Pen
Melambangkan keintelektualan.
Warna Biru
Melambangkan semangat perpaduan.
Perkataan ‘iqra’
Melambangkan ayat Al-Quran yang pertama diturunkan.
Warna Merah
Melambangkan semangat berani.
Warna Kuning
Melambangkan kedaulatan.
Warna Merah dan Putih
Melambangkan Jalur Gemilang.

 

LAGU SEKOLAH

SMK Agama Kuala Lumpur
Mercu tanda jaya anak bangsa
Punya wawasan tinggi dan mulia
Ilmu beramal dan berjasa

SMK Agama Kuala Lumpur
Budaya cemerlang akhlak gemilang
Guru tercinta teladan mulia
Pelajar gigih dan berjaya

Sekolahku kaulah pelita
Penyuluh kegelapan dunia
Sekolahku Kau amat berjasa
Melahirkan pejuang agama
Satria negara

LINK BERKAITAN