Info Pelawat
IP Address
54.204.103.179
 
Browser
Unknown Unknown
Operating System
Unknown Unknown

Browser Plugins Status
Miscellaneous Settings
Miscellaneous SettingsScreen Resolution
Your Time

Dasar Kokurikulum SMK Agama Kuala Lumpur Cetak

FALSAFAH UNIT KOKURIKULUM

Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang sedar bahawa pencapaian kecemerlangan serta pembudayaan kegigihan, ketahanan mental serta fizikal, kemuliaan rohani dan penghayatan nilai-nilai murni adalah berterusan demi melahirkan ahli-ahli masyarakat yang unggul, bakal menangani masa depan agama, bangsa dan negara.

 

VISI

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

 

MISI

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

 

Penyertaan Murid

1.  Setiap murid diwajibkan menyertai tiga aktiviti kokurikulum yang terdiri daripada satu Sukan dan Permainan, satu Unit Beruniform dan satu Kelab dan Persatuan sebagai aktiviti sepanjang tahun.

2.  Murid hanya perlu memilih ketiga-tiga aktiviti kokurikulum berdasarkan Sukan dan Permainan, Unit Beruniform serta Kelab dan Persatuan yang ditawarkan sekolah sahaja.

 

Masa Aktiviti

1.  Masa aktiviti bagi setiap aktiviti kokurikulum adalah seperti berikut:

1.1 Bagi Sukan dan Permainan dijalankan pada setiap petang hari Isnin, Selasa dan Khamis.

1.2 Bagi Unit Beruniform serta Kelab dan Persatuan ialah setiap hari Rabu dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

 

Bilangan perjumpaan

1. Bilangan perjumpaan setahun bagi murid tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 adalah seperti berikut:

1.1 Sukan dan Permainan  - 12 kali perjumpaan.

1.2 Unit Beruniform  - 18 kali perjumpaan

1.3 Kelab dan Persatuan  - 12 kali perjumpaan

 

Kod Pakaian

1.  Kod pakaian bagi aktiviti kokurikulum adalah seperti berikut:

1.1  Aktiviti Sukan dan Permainan

1.1.1 Baju Kokurikulum atau baju-T sukan dan seluar trek berwarna hitam atau biru gelap.

1.1.2 Bagi pelajar perempuan hanya tudung sekolah sahaja dibenarkan.

 

1.2  Aktiviti Unit Beruniform

1.2.1 Pakaian seragam unit beruniform lengkap/separuh lengkap unit beruniform masing-masing.

 

1.3  Aktiviti Kelab dan Persatuan

1.3.1 Pakaian seragam sekolah atau baju kokurikulum.

 

1.4  Aktiviti luar sekolah

1.4.1 Baju kokurikulum sekolah atau pakaian seragam sekolah beserta `Blazer Sekolah’.

 

1.5  Sukantara dan Merentas Desa

1.5.1 Baju-T rumah sukan dan seluar trek sekolah.

 

1.6  Peserta Kejohanan Olahraga tahunan dan saringan.

1.6.1 Baju-T rumah sukan dan seluar trek sekolah.

 

1.7  Perhimpunan pada hari Rabu.

1.7.1 Setiap hari Rabu adalah hari kokurikulum. Kod pakaian murid semasa perhimpunan adalah pakaian badan beruniform masing-masing kecuali Persatuan Silat dan Tae Kwon Do .

 

Perhimpunan Kokurikulum

1.  Diadakan setiap hari Rabu. Perhimpunan rasmi adalah pada pukul 3.00 petang di Dewan Ibnu Sina. Perhimpunan pagi pada pukul 7.00 pagi di dataran.

2.  Mesti diadakan kawat statik untuk semua murid yang diketuai ketua platun masing-masing.

3.  Perhimpunan dikendalikan oleh Pengawas Sekolah sepenuhnya pada setiap hari Rabu.

4.  Guru-guru badan beruniform yang mempunyai uniform badan beruniform masing-masing mesti memakai uniform mereka adalah digalakkan.

 

Pengurusan Fail

1.  Setiap Unit Kokurikulum perlu menyediakan fail masing-masing. Isi Kandungan fail mesti mempunyai perkara-perkara berikut:

1.1  Visi/Misi

1.1.1 Visi dan Misi Kementerian Pelajaran Malaysia

1.1.2 Visi dan Misi SMK Agama Kuala Lumpur

1.1.3 Visi dan Misi Unit Kokurikulum masing-masing.

1.2  Perlembagaan

1.3  Rancangan Tahunan

1.4  Stuktur Organisasi (Guru dan AJK)

1.5  Surat Penubuhan Kelab/Persatuan

1.6  Senarai keahlian/Rekod kehadiran ahli

1.7  Laporan setiap aktiviti

1.7.1 Laporan aktiviti biasa

1.7.2 Laporan aktiviti melibatkan alam sekitar

1.7.3 Laporan aktiviti melibatkan kebajikan dan kemasyarakatan

1.8  Laporan pencapaian/ kejayaan ahli

1.9  Rekod penilaian ahli

1.10 Laporan tahunan

1.11 Surat-menyurat

1.12 Minit-minit mesyuarat AJK/Agung

1.13 Rekod kewangan bulanan

1.14 Penyata kewangan tahunan

1.15 Ruang gambar/foto aktiviti

 

Pengurusan Papan Notis

1.  Papan notis bagi setiap unit kokurikulum mesti mempunyai maklumat-maklumat berikut:

1.1 Maklumat asas – visi Kemeterian Pelajaran Malaysia dan Unit Kokurikulum masing-masing, struktur organisasi, rancangan tahunan dan rancangan mingguan.

1.2 Sudut khas – maklumat berkaitan atau hebahan mingguan dan pencapaian/rakaman foto.

1.3 Hiasan Hari Kemerdekaan 2 minggu sebelum bulan Ogos pada setiap tahun.

 

Buku kokurikulum

1.  Setiap murid mesti mempunyai buku kokurikulum sebagai rekod kehadiran mereka didalam aktiviti kokurikulum.

2.  Buku kokurikulum yang di bawa pelajar untuk setiap aktiviti kokurikulum mesti diserahkan kepada guru penasihat dan ditandatangani oleh guru penasihat pada hari yang sama. Diserah kembali kepada murid pada hari yang sama selepas aktiviti kokurikulum.

3.  Memandangkan sikap murid yang kerap hilang atau lupa membawa buku kokurikulum apabila menghadiri aktiviti kokurikulum, guru-guru penasihat ditegaskan untuk mempunyai master kad atau rekod kehadiran ahli yang tepat dan lengkap (master card) bagi setiap perjumpaan agar penilaian kokurikulum dapat dinilai dengan adil dan saksama.

 

Pengurusan dan pengelolaan aktiviti di dalam sekolah (di luar rutin aktiviti mingguan biasa)

1.  Mengambil langkah-langkah keselamatan yang sesuai sebelum sesuatu aktiviti dimulakan, menyedia dan melaksanakan Standard Operating Procedures (SOP).

1.1 Mengedarkan borang kebenaran ibubapa/penjaga kemudian mengumpulkannya dan memastikan ianya telah ditandatangani oleh ibubapa/penjaga.

1.2 Memberi taklimat keselamatan kepada murid semasa perjumpaan.

1.3 Memastikan peralatan kokurikulum dan sukan menepati spesifikasi dan selamat digunakan.

1.4 Memastikan kawasan selesa dan selamat.

 

2.   Guru penasihat mengurus, menyelia dan mengelola aktiviti atau perjumpaan murid.

2.1 Guru sentiasa berada bersama pelajar dan menyelia pelajar sepanjang masa aktiviti dijalankan.

2.2 Guru mengawasi penggunaan peralatan oleh pelajar semasa aktiviti dijalankan.

 

3.  Sebelum menamatkan aktiviti atau perjumpaan, guru penasihat dikehendaki:

3.1 Memastikan pintu, tingkap, lampu dan kipas ditutup.

3.2 Memastikan bilik/kawasan aktiviti bersih dan kemas.

3.3 Memulangkan semua peralatan yang dipinjam kepada pihak yang memberi pinjaman. Sebarang kerosakan atau kehilangan peralatan perlu dimaklumkan kepada pihak yang memberi pinjaman. Kehilangan atau kerosakan peralatan yang disebabkan oleh kecuaian pihak yang meminjam akan ditanggung sendiri oleh pihak tersebut.

 

Pengurusan dan pengelolaan aktiviti luar sekolah.

1.  Menyedia dan melaksanakan Standard Operating Procedures (SOP)

2.  Mengedarkan borang kebenaran ibubapa/penjaga lebih awal kepada murid terlibat kemudian mengumpul dan memastikan ianya ditandatangani oleh ibubapa/penjaga murid sebelum murid di bawa keluar.

3.  Membuat tempahan bas (murid terlibat melebihi 8 orang) atau van (murid kurang daripada 8 orang) dengan mengisi borang permohonan penggunaan bas/van sekolah. Sekiranya berlaku pertindihan di dalam tempahan bas atau van sekolah, keutamaan akan diberi berdasarkan prinsip `siapa cepat dia dapat’ atau mengikut jarak perjalanan. Keputusan muktamad adalah daripada PK Kokurikulum.

4.  Memastikan perkara berkaitan dengan buku kokurikulum dipatuhi.

 

Penilaian Aktiviti Kokurikulum

1.  Aspek yang dinilai:

1.1 Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang murid berdasarkan kepada empat aspek yang berikut:

1.1.1 Kehadiran

1.1.2 Jawatan disandang

1.1.3 Penglibatan

1.1.4 Pencapaian

Bagi keempat-empat aspek ini peratus markah yang diperuntukkan adalah seperti berikut:

Jadual 1

ASPEK PENILAIAN

% MARKAH

Kehadiran

50

Jawatan disandang

10

Penglibatan

20

Pencapaian

20

JUMLAH

100

 

1.2 Kehadiran

1.2.1 Jumlah kehadiran perjumpaan pelajar adalah merujuk kepada kalender kokurikulum sekolah.

1.2.2 Agihan markah bagi kehadiran dikira berdasarkan formula berikut:

Jumlah Kehadiran Pelajar

Jumlah Kehadiran Mengikut Kalendar Sekolah

1.3 Jawatan Disandang

1.3.1 Murid yang markah kehadirannya 25 atau lebih layak dianggap sebagai ahli aktif, sekiranya tidak memegang apa-apa jawatan dalam unit kokurikulum yang beliau sertai.

1.3.2 Agihan markah bagi jawatan yang disandang adalah seperti berikut:

 

Jadual 2 (a)

Pasukan Badan Beruniform anjuran Kementerian/Jabatan? Kerajaan dan Kadet Remaja Sekolah (KRS)

 

JAWATAN

MARKAH

Pegawai Waran I (Polis) dan Inspektor Kadet

(Koreksional/Penjara) & II (KRS), Pegawai Waran II (PKBM), Pegawai Kadet Kanan (PA), Pegawai Kadet (Bomba), Sub Inspektor

10

Staf Sarjan (KRS), Staf Sarjan/Bintara Kanan/Flight Sarjen? (PKBM), Pegawai Waran Kedet (PA), Ketua Kadet (Bomba) dan Sarjen Mejar (Polis dan Penjara)

8

Sarjan, Bintara Muda (PKBM-L) dan Penolong Ketua Platun I (Bomba)

7

Lans Koperal, Laskar Muda (PKBM-L), Laskar Udara (PKBM- U), Penolong Ketua Platun II (Bomba)

6

Ahli Aktif

4

Ahli Biasa

1

 

Jadual 2 (b)

Pasukan Badan Beruniform anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO)

 

JAWATAN

MARKAH

Ketua Trup, Ketua Pasukan/Pengerusi, Pegawai Muda, Ketua Puteri, Ketua Kadet, Band Major, Bengkung Merah dan Tali Pinggang Hitam

10

Pen. Ketua Trup, Ketua Kumpulan, Ketua Utama Seksyen, KetuaPasukan (Setiausaha), Sarjen Drum Major/Ass. Band Major, Bengkung Hijau 3 & Tali Pinggang Merah 2.

8

Ketua Patrol, Setiausaha, Ketua Seksyen, Ketua Pasukan (Bend),Koperal, Percussion Leader, bengkung Hijau 2 & Tali Pinggang Merah 1

7

Pen. Ketua Patrol, Bend, Pen. Ketua Seksyen Kanan, Ketua Pasukan (AJK), Lans Koperal, Section Leader, Bengkung Hijau 1 dan Tali Pinggang Biru 2

6

Quatermaster, Pen. Setiausaha, Pen. Ketua Seksyen, Ketua Kumpulan, Asst. Section Leader, Cula 3 dan Tali Pinggang Biru 1

5

Ahli Aktif, Pen. Ketua Kumpulan, Class 3, Cula 2 dan Tali Pinggang Hijau 1 & 2

4

Tali Pinggang Kuning 1 & 2

3

Ahli Biasa, Class 4 & 5 dan Cula 1

1


Jadual 2 (c)

Persatuan/Kelab/Sukan/Permainan

 

JAWATAN

MARKAH

Pengerusi/Presiden/Kapten Pasukan/Ketua PasukanSukan/Permainan/Ketua Rumah

10

Timbalan Pengerusi/Naib Pengerusi

8

Setiausaha/Bendahari

7

Penolong Setiausaha/Penolong Bendahari

6

Ahli Jawatankuasa

5

Ahli Aktif

4

Ahli Biasa

1

 

1.4 Penglibatan

1.4.1 Hanya satu penglibatan murid yang tertinggi diambil kira.

1.4.2 Murid yang markah kehadirannya 25 atau lebih layak untuk diberi markah minimun penglibatan di peringkat sekolah iaitu 8 markah.

1.4.3 Markah penglibatan bagi individu dan pasukan atau? kumpulan adalah sama.

Pemberian markah seperti berikut:

Jadual 3

 

PERINGKAT PENGLIBATAN

MARKAH

Sekolah

8

Zon/Daerah/Bahagian

11

Negeri

14

Kebangsaan

17

Antarabangsa

20

 

1.5 Pencapaian

1.5.1 Hanya satu pencapaian murid yang tertinggi akan diambil kira.

1.5.2 Markah aspek pencapaian ditetapkan seperti berikut:

 

Jadual 4


PERINGKAT PENCAPAIAN

MARKAH

Johan

Naib
Johan

Ketiga

Sekolah

8

7

6

Zon/Daerah/Bahagian

11

10

9

Negeri

14

13

12

Kebangsaan

17

16

15

Antarabangsa

20

19

18

 

1.6 Markah Bonus

1.6.1 Murid yang berkelayakkan menerima markah bonus jika terlibat dalam kedua-dua jadual dibawah Jadual 5 dan Jadual 6, maka satu markah tertinggi sahaja akan diambil kira sebagai markah bonus.

1.6.2 Markah bonus diberi mengikut ketetapan berikut:

Jadual 5

 

BIL.

JAWATAN

MARKAH

1.

Ketua Murid

10

2.

Timbalan/Penolong Ketua Murid

8

3.

Ketua/Pengerusi Badan-Badan Perkhidmatan/Pengurusan Utama yang ditubuhkan untuk membantu sekolah/Pengawas/Ketua Asrama/Ketua PRS/Kuatermaster/Pengerusi Koperasi/Pengerusi Skuad Prasarana/Pengerusi Briged Bestari/Pengerusi Slad

7

4.

Penolong Ketua Asrama/Penolong Kuatermaster/Pengawas Pusat Sumber/AJK Utama Badan-badan Perkhidmatan atauPengurusan/Bendahari/Setiausaha

6

5.

Ketua Biro Asrama/PRS/Penerima Sijil dan Lencana SLAD/PROSTAR/Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah/Pengawas Koperasi

5

6.

Ahli-ahli J/Kuasa Perkhidmatan dan Sokongan-AJK Biro/KetuaBilik/Ketua Dorm/Ketua Tingkatan/Penerima Sijil SLAD/PROSTAR

3

7.

Penolong Ketua Kelas/Penolong Ketua Bilik/Ahli Kuatermaster/Wakil matapelajaran kelas

2

 

1.7 Anugerah Khas

1.7.1 Murid yang menerima Anugerah Khas juga layak mendapat markah bonus. Pemberian markah Anugerah Khas ditetapkan seperti berikut:

Jadual 6

 

BIL.

JAWATAN

KEDUDUKAN

MARKAH
BONUS

1.

Anugerah Remaja Perdana (ARP)

Emas

10

Perak

7

Gangsa

5

2.

Pingat Hang Tuah Kebangsaan/Tunas Jaya Kebangsaan

 

10

3.

Pencapaian aktiviti kokurikulum di luarnegara atas biaya sendiri

Johan

5

Naib Johan

3

Ketiga

2

4.

NILAM

 

5

5.

Lain-lain Anugerah yang setara

 

5

 

1.8 Gred Penilaian Aktiviti Kokurikulum

1.8.1 Gred penilaian setiap markah yang diperolehi adalah seperti berikut:

Jadual 7

 

GRED

MARKAH

A

80% hingga 100%

B

60% hingga 79%

C

40% hingga 59%

D

20% hingga 39%

E

19% kebawah

 

1.9 Gred Keseluruhan

1.9.1 Gred keseluruhan bermaksud gred bermaksud gred yang diperolehi oleh murid dalam dua daripada tiga bidang kokurikulum yang dianggotai seseorang murid beserta markah bonus. Dua daripada tiga bidang yang dipilih berdasarkan markah tertinggi.

1.9.2 Gred keseluruhan boleh diperolehi dengan mencampurkan jumlah markah kedua-dua bidang kokurikulum dan mendapat purata bagi kedua-dua bidang tersebut. Kemudian nilai tersebut dicampurkan dengan markah bonus yang diperolehi.

1.9.3 Berdasarkan markah murid X dibawah, contoh kiraan gred keseluruhan adalah seperti berikut:

Contoh pelajar? X

Jumlah markah badan beruniform = 80

Jumlah markah persatuan/kelab = 68

Jumlah markah kelab sukan/permainan = 85

80 + 85 =

2

Markah purata bagi dua terbaik = 82. 5

Markah bonus = 10 (sebagai Ketua Murid)

Markah keseluruhan (GPA) = 82.5 + 10 = 92.5

Gred keseluruhan = A

 

1.9.4 Penilaian kokurikulum murid dilakukan pada setiap tahun sepanjang persekolahan murid. Keputusan penilaian akan dipersembahkan dalam bentuk prestasi tahun semasa (GPA) dan himpunan prestasi sepanjang tempoh persekolahan (CGPA). Contohnya, prestasi GPA dan CGPA murid X dalam bidang kokurikulum sepanjang tempoh persekolahannya sehingga tingkatan lima:

 

TINGKATAN

MARKAH
KOKURIKULUM

GPA

CGPA

I

69

69

69.0

II

82

82

75.5

III

83

83

79.3

IV

89

89

84.2

V

80

80

82.1

 

Contoh pengiraan CGPA

 

Pemilihan Penerima Anugerah Kokurikulum.

1.  Sijil Penyertaan

1.1 Wakil sekolah, sekurang-kurangnya ke pusingan suku akhir dalam sebarang pertandingan.

1.2 Tidak memperoleh pencapaian tempat pertama, kedua atau ketiga dalam sebarang pertandingan sebagai wakil sekolah.

1.3 Penglibatan aktif, berdisiplin, bertanggungjawab dan penampilan imej yang terpuji.

1.4 Sijil dicetak oleh guru penasihat masing-masing dan diedar terus kepada pelajar setelah ditandatangani oleh Pengetua.

 

2.  Sijil Penghargaan

2.1 Telah memberi sumbangan dengan penuh dedikasi, khidmat yang cemerlang kepada Kelab/Persatuan/Badan Beruniform.

2.2 Berkebolehan dalam pengurusan aktiviti mingguan atau projek khas

2.3 Mencapai gred kokurikulum minimum `B’ atau GPA 60 markah.

2.4 Penglibatan aktif, berdisiplin, bertanggungjawab dan penampilan imej yang terpuji.

2.5 Sijil dicetak oleh guru penasihat masing-masing dan diedar terus kepada pelajar setelah ditandatangani oleh Pengetua.


3.  Sijil Pencapaian

3.1 Sijil Kepujian

3.1.1 Memperoleh pencapaian pada peringkat zon dan seterusnya mewakili zon ke peringkat negeri.

3.1.2 Penglibatan aktif, berdisiplin, bertanggungjawab dan penampilan imej yang terpuji.

3.1.3 Murid yang mempunyai rekod salahlaku berat dikira tidak layak manakala yang mempunyai rekod salahlaku sederhana boleh dipertimbangkan dengan kata putus ditentukan oleh pengetua.

3.2 Sijil Cemerlang

3.2.1 Memperoleh pencapaian Johan, Naib Johan atau tempat? ketiga di peringkat negeri ATAU mewakili negeri ke peringkat kebangsaan ATAU mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

3.2.2 Penglibatan aktif, berdisiplin, bertanggungjawab dan penampilan imej yang terpuji.

 

4.  Anugerah Pasukan Cemerlang Kokurikulum

  • Badan Beruniform
  • Sukan/Permainan
  • Persatuan/Kelab

4.1 Peringkat penglibatan tertinggi dalam aktiviti

4.2 Tahap pencapaian tertinggi dalam pertandingan.

4.3 Menganjurkan program khas khususnya aktiviti khidmat sosial

4.4 Mengaplikasikan ICT dalam aktiviti yang dianjurkan.

4.5 Mempunyai fail kokurikulum yang serba lengkap.

4.6 Penglibatan ahli yang aktif secara menyeluruh.

 

5.  Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum

5.1 Peringkat penglibatan/pencapaian yang tinggi dalam kokurikulum

5.2 Kebolehan mengendalikan pelbagai aktiviti.

5.3 Telah memberi sumbangan dengan penuh dedikasi serta telah memberi khidmat

cemerlang kepada pembangunan bidang kokurikulum di sekolah.

 

6.  Anugerah Tokoh Pelajar Cemerlang Kokurikulum

6.1 Pencapaian tertinggi sekurang-kurangnya peringkat kebangsaan

6.2 Penglibatan aktif, berdisiplin, bertanggungjawab dan penampilan imej yang terpuji.


7.  Anugerah Kokurikulum PIBG

7.1 Kategori Individu/ Tokoh Pelajar/Tunas Harapan

7.1.1 Terpilih menerima Sijil Cemerlang /Anugerah Tokoh /Tunas Harapan Cemerlang dengan pencapaian minimum pada peringkat kebangsaan.

7.2 Kategori Pasukan

7.2.1 Terpilih menerima Anugerah Pasukan Cemerlang

7.3 Kategori Guru

7.3.1 Terpilih menerima Anugerah Guru Cemerlang? Kokurikulum

7.4 Anugerah Khas ICT

7.4.1 Penghasilan CD yang paling kreatif dan menarik untuk suatu program khas atau aktiviti sepanjang tahun.

 

Pinjaman Peralatan atau Jersi.

1.  Sebarang peminjaman peralatan kokurikulum mesti mengisi borang permohonan pinjaman sekurang-kurangnya sehari sebelum alatan atau jersi diperlukan.

2.  Alatan yang telah dipinjam mesti dipulangkan kembali dalam keadaan yang sempurna pada tarikh seperti yang tercatat di dalam borang permohonan pinjaman peralatan kokurikulum. Alatan yang rosak juga mesti dipulangkan dan direkodkan.

3.  Pemulangan jersi perlu lengkap dan akur dengan jumlah yang dipinjam. Sebarang kehilangan perlu diganti dengan harga perolehan semasa jersi tersebut. Guru Penasihat diingatkan untuk berhati-hati dalam pengedaran jersi dan memastikan bahawa setiap jersi yang diedarkan mesti direkodkan agar risiko kehilangan dapat dielakkan.

4.  Guru-guru penasihat sukan dan permainan hendaklah mengutip semula semua jersi selepas setiap permainan untuk urusan pembersihan di kedai dobi oleh guru penasihat. Bil dobi boleh dituntut daripada PK Kokurikulum. Tuntutan dobi dibenarkan untuk tujuan pertandingan rasmi sukan sahaja. Ia juga adalah langkah untuk megurangkan risiko kehilangan.

 

Rumah Sukan Murid

1.  Pemberian rumah sukan murid adalah di bawah bidang kuasa Setiausaha Sukan dan diselesaikan dalam minggu pertama persekolahan sebelum Mesyuarat Agong Rumah Sukan.

2.  Murid tingkatan 2, 3, 4, 5 yang merupakan murid lama telah diberi rumah sukan dan akan kekal pada rumah sukan tersebut sepanjang tempoh persekolahannya di SMK Agama Kuala Lumpur.

3.  Murid baru daripada tingkatan 1 atau tingkatan 4 atau mana-mana murid baru dari tingkatan lain perlu diberi rumah sukan dengan Guru Tingkatan menyerahkan senarai pelajar murid baru kepada Setiausaha Sukan.

4.  Setiausaha Sukan mesti bertindak dengan segera dalam pemberian rumah sukan bagi memastikan tiada pelajar ketinggalan dalam peruntukkan rumah sukan.