Info Pelawat
IP Address
54.237.134.62
 
Browser
Unknown Unknown
Operating System
Unknown Unknown

Browser Plugins Status
Miscellaneous Settings
Miscellaneous SettingsScreen Resolution
Your Time

Program-Program Kecemerlangan Cetak

 

PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR TINGKATAN 1, 2, 4, PMR & SPM SESI 2013 

(Dengan kerjasama PIBG SMKAKL)

  • Kelas Kecemerlangan - dijalankan oleh guru matapelajaran pada setiap petang hari persekolahan mengikut keperluan matapelajaran dan jadual yang ditetapkan, Januari - September dengan bantuan dan kerjasama PIBG sekolah.
  • Kelas Tambahan - dijalankan oleh guru mata pelajaran pada pagi Sabtu dan Ahad bagi semua mata pelajaran mengikut jadual yang ditetapkan. Januari - Mei dengan bantuan dan kerjasama PIBG SMKAKL.
  • Klinik Mata Pelajaran - dijalankan bagi pelajar yang sederhana dan lemah oleh guru matapelajaran mengikut kesesuaian masa bermula Januari - September.
  • Kelas Intensif Musim cuti sekolah (PMR/SPM) - dijalankan pada akhir cuti Penggal Pertama (awal Jun) untuk semua matapelajaran bagi pelajar Ting 3 dan 5.
  • Jadual Anjal - dilaksanakan selepas Peperiksaan Percubaan PMR/SPM mengikut keperluan matapelajaran. Masa diberi lebih kepada matapelajaran kritikal seperti Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan dijalankan pada waktu P & P.
  • Prep Terancang - dilaksanakan mulai awal tahun (Januari - Oktober) semasa prep petang dan malam di bawah pengawasan warden bertugas dan pengawas.
  • Pecutan Akademik - dilaksanakan selepas Peperiksaan Percubaan PMR/SPM mengikut keperluan matapelajaran. Masa diberi lebih kepada matapelajaran kritikal seperti Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik. Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi. Dijalankan pada setiap hari Sabtu dan Ahad yang tidak balik bermalam.
  • Sentuhan Sanubari - dilaksanakan untuk pelajar yang tidak mencapai gred B/C/D dalam Peperiksaan Percubaan PMR/SPM. Ia dilaksanakan oleh kaunselor sekolah mengikut kesesuaian masa (Ogos - Oktober).
  • Program Teknik Belajar/ Catat Nota/ Pengurusan Masa - dilaksanakan oleh kaunselor mulai Januari - September, secara bergilir mengikut Tingkatan 1/2/3/4 dan 5.
  • Program belajar berkumpulan (Study Group) /'Guru Muda'(GUDA)- 'Guru Muda' dipilih dari murid cemerlang dan berwibawa yang akan ditugaskan untuk membantu dan membimbing rakan-rakan dalam kelasnya semasa P & P dan ketiadaan guru kerana bertugas di luar serta masa Prep petang dan malam (Mac - Oktober). Mereka akan dibimbing terlebih dahulu dan diberi bahan-bahan/modul untuk digunakan semasa P & P itu. Setiap guru akan memilih 4 orang pelajar bagi setiap matapelajaran setiap kelas. (Pembelajaran melalui rakan sebaya juga dipercayai dapat membantu dan meningkatkan pemahaman para pelajar).'Guru Muda' juga diambil daripada pelajar lepasan SPM yang cemerlang pada tahun sebelumnya.
  • Bengkel/ Seminar Teknik menjawab soalan PMR/ SPM - dibawah kelolaan Setiausaha Kurikulum dengan kerjasama semua Ketua Panitia matapelajaran untuk menentukan Guru Pakar Dalaman/Luaran mengikut kesesuaian  masa - 2 kali setahun (Mac - Julai)
  • Elite straight A's PMR/SPM - difokuskan kepada pelajar Ting.3 (Target 9A) berdasarkan TOV Peperiksaan Akhir Tahun Ting. 2/ 2012 dan pelajar Ting.5 (Target 11A+/11A) berdasarkan TOV Peperiksaan Akhir Tahun Ting. 4/ 2012, dijalankan "Program Anak Angkat" oleh AJK kurikulum sekolah dan guru-guru lain mengikut keperluan bilangan pelajar.
  • Program Latihtubi :-

i. Sistem Homework Terancang - dilaksanakan mulai awal tahun iaitu setiap selepas P & P, semua pelajar mesti menjawab semua soalan penting dalam buku teks dan lain-lain yang perlu dari guru. Setiap hujung minggu pelajar diberi homework yang berpatutan dan disemak oleh guru.

ii. Latihan intensif  topikal -  dilaksanakan selepas sukatan pelajaran tamat iaitu akhir Jun/Julai. Topik-topik yang susah diberi penekanan oleh guru  masing-masing.

iii.  Latihan Soalan PMR/ SPM sebenar (2007-2012)/ Latihan soalan Percubaan PMR / SPM dari SBP / MRSM @ Negeri-negeri lain - dijalankan selepas Peperiksaan Percubaan PMR/SPM oleh guru masing-masing semasa P & P Jadual Anjal.

  • Penilaian Formatif & Sumatif/ Headcounts/ Analisa Keputusan/ Postmortem - dilaksanakan selepas ujian/Peperiksaan Pertengahan Tahun/Percubaaan PMR/SPM oleh Ketua Panitia dengan kerjasama guru-guru mata pelajaran, Setiausaha Headcounts/ Peperiksaan dan semua AJK Kurikulum.
  • Program Motivasi Pelajar :-

i. Majlis Aku Janji  T3/5 - dilaksanakan pada awal Februari bersama Mesyuarat Agung PIBG, di bawah kelolaan kaunselor dan secara rasmi di hadapan ibu bapa pelajar serta guru-guru.

ii. Ceramah Motivasi/ Kaunseling Akademik Bisikan Nurani - dilaksanakan dari semasa ke semasa di bawah kelolaan kaunselor sekolah mengikut jadual perancangan yang ditetapkan dan bagi pelajar yang lemah dan memerlukan motivasi.

iii. Sirih Pulang Ke Gagang  (ALUMNI)  - EXPLORACE KERJAYA T 3/5  -  dilaksanakan pada bulan Mei  untuk pelajar Ting 3 & 5 yang melibatkan  ALUMNI di bawah  kelolaan bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Kurikulum/Akademik dan PIBG.

iv. Majlis Mohon Restu Guru/Ibubapa/ Solat Hajat/Bacaan Yasin (PMR/SPM)  - dilaksanakan pada bulan Ogos untuk mendapat keberkatan daripada Allah serta ibu bapa dan guru-guru bagi pelajar T 3/5.

v.  Mentor - mentee  Semua pelajar - dilaksanakan dari semasa ke semasa di bawah kelolaan kaunselor sekolah mengikut jadual iaitu pada hari Isnin minggu ke1 setiap bulan: 7.25 - 8.05 pagi.  Pelajar dibahagi kepada kumpulan kecil dan diagihkan kepada semua guru untuk membantu pelajar dalam masalah akademik dan sebagainya.

vi. Majlis Graduasi pelajar Tingkatan 5 - dijalankan di dalam/ luar sekolah pada bulan Oktober (sebelum peperiksaan SPM) bagi memberi semangat dan ispirasi kepada pelajar untuk berjaya dengan cemerlang dalam Peperiksaan SPM dan terus menimba ilmu ke peringkat yang lebih tinggi, dilaksanakan si bawah kelolaan Kauselor dan Penyelaras Tingkatan 5.

  • Pengiktirafan murid cemerlang - dilaksanakan selepas ujian , Peperiksaan Pertengahan Tahun, Percubaaan PMR/ SPM bagi yang mendapat 8A & 9A (Men Ren) dan  8A, 9A, 10A & 11A (Men Atas) dan Peperiksaan sebenar PMR/SPM.

i) Majlis Anugerah Cemerlang - dilaksanakan pada bulan April iaitu selepas keputusan SPM diumumkan pada bulan Mac.

ii)  Lencana Pelajar Harapan /Cemerlang  - dilaksanakan pada bulan  September/ Oktober iaitu selepas keputusan??  Peperiksaan Percubaan PMR/SPM.

  • Kajian Tindakan/Inovasi - Dilaksanakan oleh Ketua Panitia/ Guru matapelajaran dari Februari - Oktober.
  • Perjumpaan ibu bapa dengan guru dan pentadbir sekolah :-

i) Hari Menuai Kecemerlangan - dilaksanakan pada bulan Jun iaitu selepas keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi semua tingkatan/ Ujian Diagnostik Ting 3 dan 5.

ii) Hari Bicara Akademik - dilaksanakan selepas keputusan Ujian Diagnostik Ting 3 dan 5 yang tidak mencapai target Headcount.

iii) Bila-bila masa diperlukan jika ada masalah untuk dibincangkan bersama.