Info Pelawat
IP Address
54.211.231.221
 
Browser
Unknown Unknown
Operating System
Unknown Unknown

Browser Plugins Status
Miscellaneous Settings
Miscellaneous SettingsScreen Resolution
Your Time

Kelab Guru dan Kakitangan Cetak
Rabu, 16 Februari 2011 00:00

PERLEMBAGAAN KELAB GURU DAN KAKITANGAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KUALA LUMPUR


FASAL 1                NAMA DAN ALAMAT

Badan kebajikan ini dikenali dengan nama Kelab Guru & Kakitangan (KGK) yang beralamat di Sekolah  Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur, Bandar Menjalara, 52200 Kepong, Kuala Lumpur.

 

FASAL 2                MOTTO

‘IKHLAS BEKERJA SENYUMAN DITERIMA’

 

FASAL 3                ASAS DAN  TUJUAN

3.1   Bekerjasama dengan pihak sekolah, PIBG, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Malaysia.

3.2   Mengadakan sesuatu aktiviti bagi kebajikan dan kemajuan guru-guru dan kakitangan dengan syarat tiada 'faedah' sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966 yang boleh diberikan kepada ahli-ahli atau tanggungan ahli.

3.3   Membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak kehendak dan  keperluan-keperluan guru-guru dan staf sokongan.

3.4   Membolehkan guru-guru dan staf sokongan berinteraksi dalam suasana sosial yang sihat dan bertukar-tukar idea dalam aktiviti yang dijalankan.

3.5   Berusaha untuk menambah kewangan kelab .

3.6   Sentiasa peka dan prihatin terhadap perkembangan semasa dan tergolong sebagai insan yang seimbang, jujur, ikhlas serta maju mengikut perkembangan zaman.

3.7   Meningkat dan menambah pengetahuan ahli supaya lebih berketerampilan.

 

FASAL 4                KEAHLIAN

Ahli Kelab ini terdiri daripada:

4.1   Semua guru di sekolah ini kecuali guru ganti

4.2   Semua staf sokongan di sekolah ini

4.3   Kelayakan menjadi ahli adalah secara automatik

4.4   Pengetua merupakan Ahli Kehormat Kelab merangkap penasihat kelab, yang juga wajib membayar yuran tetapi tidak boleh mengundi dan menjawat jawatan dalam Organisasi Kelab.

4.5   Ahli-ahli akan hilang kelayakan sebagai ahli jika,

4.5.1   Memohon untuk tidak menjadi ahli (dengan persetujuan Pengetua)

4.5.2   Sekiranya semua AJK tertinggi kelab mendapati ahli tersebut wajar dilucutkan keahlian dengan nasihat Pengetua.

 

FASAL 5                KEWANGAN

5.1   Setiap ahli diwajibkan membayar yuran Rm 10.00 bagi setiap bulan.

5.2   Setiap ahli juga boleh membayar yuran RM 50.00 bagi setiap setengah tahun atau RM 100.00 bagi setahun

5.3   Ahli yang tidak membayar yuran pada sesuatu tahun semasa adalah ahli yang tidak aktif dan tidak layak mendapat apa-apa kepentingan kecuali mendapat nasihat

pengetua.

5.4   Jumlan bayaran kutipan yuran boleh dipinda sekiranya mendapat persetujuan 2/3 ahli semasa mesyuarat agung tahunan.

5.5   Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.

5.6   Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan kutipan khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

5.7   Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun yang akan disediakan oleh bendahari.

5.8   Penyata kewangan akan di audit dan di edarkan semasa mesyuarat agung.

 

FASAL 6                TAHUN KEWANGAN KELAB

Tahun kewangan kelab bermula pada bulan Januari dan berakhir pada bulan Disember setiap tahun.

 

FASAL 7                MAJLIS PENASIHAT

Majlis Penasihat sentiasa memerhati dan memberi nasihat kepada pentadbiran dan perjalanan kelab. Ahli-ahli terdiri daripada:

7.1   Pengetua - Pengerusi

7.2   Guru Penolong Kanan 1 - Naib Pengerusi

7.3   Guru Penolong Kanan HEM - AJK

7.4   Guru Penolong Kanan Kokurikulum - AJK

7.5   Jawatan setiausaha dilantik oleh Pengerusi

7.6   Majlis Penasihat adalah tempat merujuk jika timbul sebarang masalah Kelab.

 

FASAL 8                JAWATANKUASA KELAB

8.1   Kelab hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dilantik sebagai Jawatankuasa Tinggi KGK , “Jawatankuasa KGK”. Jawatankuasa KGK hendaklah dilantik oleh ahli-ahli kelab pada setiap mesyuarat agung tahunan .

8.2   Ahli Jawatankuasa KGK hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan masih lagi berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur.

8.3   Ahli yang hadir semasa mesyuarat agung layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa KGK manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa KGK.

8.4   Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

8.5   Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh pengerusi tanpa mengadakan mesyuarat.

8.6   Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan  kepada Pengerusi.

8.7   Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-

8.7.1   Pengerusi

8.7.2   Timbalan Pengerusi

8.7.3   Setiausaha

8.7.4   Bendahari

8.7.5   Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

8.7.6   Pemeriksa Kira-kira (sekurang-kurangnya seorang)

8.7.7   Setiap jawatan tidak diambilkira jantina.  Lelaki atau Wanita boleh terlantik/dilantik.

 

 FASAL 9                TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

Fungsi Jawatankuasa KGK ialah mengelola dan mengatur kegiatan dan aktiviti kelab serta membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan kelab tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan.

9.1   Pengerusi

9.1.1   Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa KGK dan mesyuarat Agung Tahunan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.

9.1.2   Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

9.1.3   Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti dan perjalanan kelab sepanjang tempoh berkhidmat.

9.1.4   Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan.

9.1.5   Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran kelab serta memastikan apa-apa peraturan dipatuhi oleh semua ahli kelab.

9.1.6   Sentiasa mematuhi segala peruntukan perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai pengerusi.

9.1.7   Memastikan segala aktiviti dan program kelab dilaksanakan dengan sempurna dan teratur.

9.2   Timbalan Pengerusi

9.2.1   Bertanggungjawab membantu pengerusi dalam menjalankan fungsi-fungsi pengerusi.

9.2.2   Menjalankan tanggungjawab dan fungsi pengerusi semasa ketiadaan pengerusi.

9.3   Setiausaha

9.3.1   Menjalankan urusan kelab mengikut perlembagaan.

9.3.2   Melaksanakan keputusan-keputusan mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat jawatankuasa KGK.

9.3.3   Mencatat , menyelia dan menyimpan minit-minit mesyuarat jawatankuasa KGK dan mesyuarat agung tahunan.

9.3.4   Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan pada mesyuarat agung tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya.

9.3.5   Menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekod-rekod kelab

9.4   Bendahari

9.4.1   Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan kelab dengan menyediakan dan menyimpan kewangan yang di kemaskini dari masa ke masa.

9.4.2   Menguruskan perbelanjaan wang kelab seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat jawatankuasa KGK.

9.4.3   Menerima bagi pihak kelab semua derma atau sumbangan daripada mana-mana ahli atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akuan terima serta dokumen yang berkaitan.

9.4.4   Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran atau penyalahgunaan wang dari akaun kelab.

9.4.5   Menyediakan Laporan atau penyata Kewangan untuk di audit dan dibentangkan kepada Mesyuarat Agung serta laporan-laporan yang berkaitan.

9.5   Ahli Jawatankuasa

9.5.1   Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.

9.5.2   Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

9.6   Pemeriksa Kira-Kira

9.6.1   Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertangungjawab keatasnya.

9.6.2   Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

 

FASAL 10              TANGGUNGJAWAB DAN HAL AHLI

Tiap-tiap ahli mempunyai tanggungjawab seperti berikut:

10.1   Memegang teguh dasar Kelab dan melaksanakan tujuannya.

10.2   Menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian dalam kegiatan Kelab.

10.3   Menjalankan kerja-kerja Kelab serta mematuhi perintah-perintah dan disiplin Kelab.

10.4   Ahli-ahli hendaklah menyertai sebarang program atau aktiviti anjuran Kelab.

10.5   Menyokong kegiatan atau aktiviti Kelab yang diluluskan.

10.6   Sentiasa berkhidmat kepada ahli dan masyarakat.

10.7   Sentiasa berdisiplin terhadap Kelab.

 

FASAL  11             HAK AHLI

11.1   Cenderahati dalam bentuk barang atau wang tunai bernilai RM50.00 yang diambil dari wang tabungan kelab dan tidak termasuk kutipan lain akan dihadiahkan kepada ahli yang berkahwin untuk yang pertama sahaja.

11.2   Kelahiran anak pertama di sekolah ini akan diberikan cenderahati atau wang tunai bernilai RM30.00.

11.3   Jika ahli bertukar ke sekolah lain, cenderahati atau wang tunai bernilai RM30.00 setahun dan berikutnya tambahan RM10.00 mengikut tahun berkhidmat di sekolah ini.

11.4   Derma simpati atas kematian ahli keluarga iaitu bapa, ibu, isteri, atau anak sebanyak RM30.00 daripada wang tabungan kelab dan pungutan lain.

 

 

 

AHLI JAWATANKUASA KELAB GURU DAN KAKITANGAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KUALA LUMPUR

BERKUATKUASA :   12.01.2013 HINGGA 31.12.2013

 

JAWATAN

NAMA

PENGERUSI

 

 

NAIB PENGERUSI

 

 

SETIAUSAHA

 

 

BENDAHARI

 

 

AJK

PN HAMILIYA BINTI MUSTAFA

(MESIN PHOTOSTAT)

 

EN MOHD SAIFUL BIN OSMAN

(SUKAN DAN REKREASI)

 

EN MUJAHIDIN SYAHID BIN NASRUDIN

(HARI KELUARGA DAN MOTIVASI)

 

EN NIK HILMI BIN NIK ABDUL HALIM

(KEWANGAN)

 

1) PN FATIN ZUHRA BINTI MUSTAFA

(PENGIKTIRAFAN)

 

2) EN MOHD SANI BIN HAMZAH

(SUKAN DAN REKREASI)

 

3)  CIK AZIMAH @ HUDA BINTI YUSOF

(KECERIAAN DAN PAPAN KENYATAAN)

 

4) EN MOHD ISMADI BIN SUHAIMI

(KORBAN)

 

5) EN HAZLI BIN ABU HASHIM

(HARI KELUARGA DAN MOTIVASI)

 

6) PN RUGAYYAH BINTI ABDULLAH

(KECERIAAN DAN PAPAN KENYATAAN)

 

7) PN SITI SAMIAH BINTI JALAL

(BAJU BATIK)

 

8) PN NORFAZILAH BINTI SULAIMAN

(KEROHANIAN)

 

9) PN NORIAH BINTI MAT NOOR

(JURU AUDIT)

 

10) PN RAKIBON ESA BINTI MOHD SIDEK

 

11) PN NORFARINA BINTI ALI RAHMAN